Pages

Wednesday, September 05, 2012

CHINA DOLL ANWAR IBRAHIM MENYERAH DIRI




Seorang gadis berusia 19 tahun- salah seorang daripada 11 orang individu yang dikehendaki berhubung kelakuan biadap mereka semasa sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka pada Khamis malam lalu - hari ini menyerah diri kepada polis.

Gadis tersebut hadir ke satu balai polis di Johor Bahru hari ini dengan ditemai pemimpin DAP termasuk MP Bakri Er Teck Hwa dan timbalan pengerusi DAP negeri Norman Fernandez.

Beliau seterusnya ditahan polis dan akan dibawa ke balai polis Dang Wangi di Kuala Lumpur yang menyiasat kes tersebut.

Menurut Norman, beliau ditahan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Beliau didakwa memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dalam perhimpunan Janji Demokrasi pada malam itu.

Sementara itu laporan bernama, Polis malam tadi membebaskan seorang pelajar lelaki sebuah kolej swasta yang ditahan petang semalam berhubung insiden menunjuk punggung ke atas gambar pemimpin negara pada sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka, malam Khamis lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, pelajar lelaki itu dibebaskan dengan jaminan polis.

"Kita dah ambil keterangan pelajar terbabit. Tuduh atau tidak terpulang kepada bukti dan undang-undang yang kita ada," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Chin Wahberkata polis kini menjejaki baki 10 lagi individu yang dikaitkan dengan insiden memijak dan membawa bendera 'baharu' Malaysia supaya tampil ke mana-mana balai polis bagi membantu siasatan.

Dalam perkembangan sama katanya setakat hari ini polis menerima 172 laporan polis mengenai kejadian tersebut.

Sebelum ini, Polis Diraja Malaysia membentuk tiga pasukan khas untuk menyiasat tindakan peserta perhimpunan itu yang membawa bendera 'baharu' Malaysia, memijak gambar pemimpin dan menunjuk punggung di khalayak ramai berdasarkan Akta Hasutan, Akta Perhimpunan Aman dan Seksyen 290, 504 dan 509 Kanun Keseksaan.--BH

No comments:

Post a Comment

Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.