GAMBAR Nik Aziz Nik Mat memijak bendera Amerika Syarikat dan bendera Israel begitu meluas disebarkan di laman-laman media sosial hari ini. Kononnya itu menunjukkan keberanian si tua bangka ini dan bertanya sama ada pemimpin UMNO berani berbuat perkara yang sama?
Itu bukan berani, setakat nak pijak gambar bendera tu bukan boleh bawa ke mana sangat pun. Kalau berani suarakanlah di peringkat antarabangsa, di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu contohnya, atau paling tidak ke OIC, Nik Aziz berani ke?
Cakap English pun tak tau, toksah gebang nak bersuara di peringkat antarabangsa, buat gelak orang saja nanti tau. Oh ya, penulis dimaklumkan, Nik Aziz cakap Arab pun boleh masuk kategori hancur juga (ada slang India – maklum Nik Aziz dapat degree dari Deoband University, India).
Tambah parah kalau gambar ini sampai ke pengetahuan CIA dan laporan mengenainya akan menyebabkan dana asing dari negara tersebut yang disalurkan kepada pelbagai pihak yang ada kaitan dengan Pakatan Rakyat sekarang dihentikan, mahu mengelupur Nik Aziz minta Anwar tolong buat apologize tour bagi pihaknya di Amerika sana.
Tapi apa pun, itu bukan isunya, isunya ialah supaya kita semua perhatikan kemunafikan Nik Aziz ini. Dalam suasana anti Amerika dan anti Israel lanjutan dari penyiaran filem ‘Innocence of Muslim’, Nik Aziz ambik kesempatan bergambar memijak bendera Amerika dan Israel (nak popularlah tu), tapi dalam masa yang sama dia bersekutu dengan pelindung keselamatan Yahudi (kalau ada peluang memerintah Malaysia).
Sudah tentulah tidak lain dan tidak bukan yang penulis maksudkan ialah Anwar Ibrahim.
Keupayaan Nik Aziz berlakon dalam 2 situasi berbeza tapi kelihatan hampir sama ini, memang mengujakan ramai pihak. Penulis sendiri pun kalau tak kenal Nik Aziz akan kagum juga dengannya. Mana tidak, dia pijak bendera yahudi itu satu hal, yang Anwar berikrar nak melindungi keselamatan yahudi tu, kenapa masih buat kawan?
Eh, pooodahla Nik Aziz, berlakon nak dapat populariti pandailah kau ya. Ingat orang dah lupa ke tentang sokongan Anwar Ibrahim terhadap keselamatan Israel yang jadi sekutu rapat kau sekarang ni?
Nak tipu yang bodoh-bodoh macam Unit Amal PAS itu mungkinlah.--SUMBER
No comments:
Post a Comment
Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.