Pages

Sunday, August 26, 2012

SIAPA PEMIMPIN UMNO YANG BESAR KEPALA TU??



Apabila Setiausaha Agung UMNO / BN mengatakan bahawa masih terdapat lagi dikalangan kepimpinan UMNO Bahagian yang tidak boleh ditegur ternyata masih ada lagi pemimpin yang belum buat agenda transformasi diri bagi menghadapi arus politik baru. Keengganan mereka untuk tidak berubah sama sekali tidak seiring dengan nasihat Presiden dan Timbalan Presiden agar berubah atau rebah. Sikap ini pastinya akan menyusahkan parti bagi menghadapi PRU 13 yang dilabelkan ibu segala pilihanraya. Begitulah bila dah terlalu lama jadi Ketua Bahagian segala-galanya mahu mememntingkan kepentingan diri sendiri daripada kepentingan parti.

Sindrom tidak boleh diteur dikalangan kepimpinan UMNO dipelbagai peringkat bukannya bende baru. Ianya isu lama dan dikhuatiri akan menjadi "budaya" dalam parti. Cuba bayangkan jika teguran SU Agung sendiri tidak diambil perhatian jika yang menegurnya bukan ahli lagi teruk jadinya. Tsunami 2008 seolah-olah tidak memberikan apa-apa pengajaran berguna kepada pemimpin yang begini. YAB Presiden telah pun menunjukkan contoh kepada semua peringkat pemimpin bagaimana menawan hati rakyat dan pengundi tapi nampaknya contoh tersebut dipandang enteng oleh pemimpin bahagian. Bila ditegur sikit mulalah merajuk malah ada yang merajuk bawa diri kepada pembangkang dan mulalah edisi memburuk-burukkan UMNO/BN.

Terfikir di minda penulis adakah itu juga salah satu faktor yang menyumbang kepada keengganan golongan elit, profrsional dan bijak pandai Melayu sukar mendekati UMNO dan keahlian mereka seringkali dijadikan isu untuk tidak menerima keahlian. Persoalan yang terpancar di sini sampai bila kepimpinan UMNO Bahagian akan bersikap begini ? Hanya masa dan keadaan yang bakal menentukannya. Sekarang ini UMNO Bahagian sedang menlangsungkan mesyuarat bahagian masing-masing bagi yang belum bermesyuarat. Rasanya inilah masa terbaik untuk semua keringkat kepimpinan menjalankan semula muhasabah diri mana yang lebih utama dalam perjuangan parti atau kepentingan diri? --SUMBER

No comments:

Post a Comment

Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.