Pages

Wednesday, August 29, 2012

PENYATUAN PAS-UMNO:PERANG ISLAM MENENTANG KAFIR



CERITA TENTANG PENYATUAN PAS DAN UMNO MEMANG DAH LAMA.

UMNO YANG SENTIASA MEMIKIRKAN DAN MELETAKAN KEDAULATAN ISLAM SERTA UMAT MELAYU TIDAK SEGAN SILU MENGHULUR TANGAN KEPADA PAS AGAR KEDUA-DUA PARTI INI DAPAT BERSATU DALAM PERJUANGAN YANG SAMA INI.

NAMUM, HINGGA KINI TIADA JAWAPAN POSITIF DARI PAS. 

PEMIMPIN PAS YANG CENDERUNG KEPADA CADANGAN UMNO INI MENERIMA NASIB BURUK SEPERTI APA YANG TERJADI KEPADA HASAN ALI DAN USTAZ NASHARUDDIN.

TERNYATA, ADA BARUAH DAP KOMUNIS YANG BENCI PENYATUAN ORANG ISLAM DI DALAM PAS. MEREKA SENTIASA BEKERJA UNTUK MEMASTIKAN IMPIAN PENYATUAN PAS DA UMNO GAGAL.

JOM KITA SEGARKAN MINDA DAN IMBAU KEMBALI APA KATA (ALASAN) PEMIMPIN PAS TENTANG HASRAT PENYATUAN PAS UMNO.

DARI KATA-KATA MEREKA INI, JOM KITA TEKA SIAPAKAH PARASIT DAN BARUAH DAP DALAM PAS.

JPX

Apa kata Ketua Dewan Pemuda PAS;
“Maka, apalah salahnya jika kini UMNO pula mengambil giliran dan langkah serupa seperti dulunya PAS pernah menyertai Perikatan demi penyatuan melayu Islam di era Tun Abdul Razak [ Lagi pun pemimpin UMNO kini yang beria - ia benar mahukan penyatuan ] .

“Kini di era YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak pulalah menghulur tangan, sanggup dan sedia bersama PAS menyertai Pakatan Rakyat memperjuangkan Islam dan bangsa melayu Islam agar kita dapat membina sebuah negara yang aman, makmur, sejahtera, adil, telus, saksama tanpa sebarang pertelagahan atau persengketaan yang merugikan ummat Islam dan bangsa Melayu itu sendiri.


Mahfuz Omar Berkata;
“Inilah agenda Umno pada setiap kali sesak nafas mereka akan meminta ‘oksigen’ dari PAS,”. Umno secara jelas melalui pemimpin utamanya yang menguasai Kerajaan Malaysia telah melantik syarikat perunding APCO Worldwide yang merupakan proksi kepada gerakan zionis antarabangsa yang menjaga kepentingan
politik Israel dan Amerika sebagai penasihat Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN). “Perbuatan ini satu pengkhianatan kepada perjuangan umat Islam dan rakyat Palestin,”


Salahuddin Ayub Berkata;
Jika benar Umno mahukan perpaduan, Umno perlu menyertai Pakatan Rakyat bersama PAS, PKR dan DAP.


Tuan Ibrahim Tuan Man Berkata;
PAS menyatakan dengan tegas kita perlu bersatu di atas landasan yang digariskan oleh Allah; “Bertolong bantulah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa, dan jangan bertolong bantu dalam perkara dosa dan permusuhan”. Lantaran itu PAS lebih rela Melayu berpecah dalam mentaati perintah Allah daripada berpadu dalam mendurhakai Allah!
PAS tidak akan merelai perpaduan bagi mendokong tindakan yang bertentangan dengan Islam yang ditaja oleh UMNO. Mereka sanggup menghalalkan perjudian di atas nama kebajikan dan sukan walhal dengan jelas Islam menyatakan judi itu haram!


Apa kata Timbalan Presiden PAS;
PAS masih lagi berpegang dengan ketetapan yang telah dibuat dalam muktamat-muktamar yang lalu. PAS akan terus memfokuskan kepada gerak kerja mendepani pilihan raya umum ke-13 untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baru.

Saya juga menyeru kepada seluruh pimpinan dan ahli agar dapat melipatgandakan usaha untuk memantapkan organisasi, terutama di peringkat cawangan dan kawasan serta menambah keahlian baru PAS semaksima mungkin.

1 comment:

  1. Semoga orang Islam di Malaysia akan bersatu padu menghadapi kaum kafir.

    ReplyDelete

Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.