Pages

Monday, August 27, 2012

MAT SABU KANTOI TERUK KALI INI:TIMBALAN PRESIDEN PAS MEMANG LOW CLASS


KALAU DAH NAMA PEMBOHONG...
KALAU SEHARI TAK MEMBOHONG...
MACAM PENAGIH TAK DAPAT CANDU...
MAT SABU NI CARIK MAKAN PUN DENGAN MEMBOHONG...
SEBAB ITU TAK KERING LIDAH DIA MEMBOHONG...
KOMUNIS PUN DIA KATA WIRA NEGARA...
ORANG YANG DAH MATI PUN JADI MANGSA PEMBOHONGANSI LAHANAT NI...
SEKARANG KELUARGA TUN GHAFAR DAH JAWAB...
APA YANG DIBOHONGKAN OLEH MAT SABU...
MAT SABU ADA NAK UBAH PEMBOHONGAN KE??
ADA NAK ADJUST KE???
KAN DAH KANTOI...
KAT DUNIA ORANG DAH TAHU...
ITU BELOM KAT SANA LAGI...
MEMANG PAS SEKARANG SANGAT LOW CLASS...
PEMBOHONG BESAR JADI TIMBALAN PRESIDEN
SEMOGA ALLAH HUKUM SEGERA..
ORANG YANG MENJADIKAN HIDUPNYA UNTUK MEMBOHONG..
MACAM MAT SABU...


MELAKA - Ahli keluarga Allahyarham Tun Ghafar Baba mahu Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menarik balik kenyataannya berhubung dakwaan mengatakan bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan menyertai Pas sekiranya masih hidup, sama seperti anaknya Tamrin.

Kenyataan itu didakwa dikeluarkan ketika menyampaikan satu ceramah di Bukit Katil, Melaka pada 12 Ogos lalu, dan kandungan ceramah itu turut disiar di laman blog bertajuk, 'Jika Tun Ghafar umur panjang, dia pun masuk Pas'.

Menantu Allahyarham Tun Ghafar yang juga Ahli Parlimen Jasin, Datuk Ahmad Hamzah berkata, beliau dan keluarga cukup sedih dengan kenyataan itu dan menganggapnya sebagai tidak bertanggungjawab.

“Saya mewakili keluarga sedih dengan kenyataan dibuat Timbalan Presiden Pas itu dalam ceramahnya pada Ramadan lalu. Kita mahu beliau menarik balik kenyataan yang telah mengguris hati kami semua.

“Saya yakin, sekiranya Tun Ghafar masih hidup, beliau tidak akan sama sekali menyertai perjuangan Pas yang tidak  relevan dan tidak menguntungkan perjuangan bangsa,” katanya kepada media di sini, semalam.

Isteri kepada Ahmad Hamzah yang juga anak kepada Tun Ghafar, Datin Zainon Ghafar turut menafikan dakwaan Timbalan Presiden Pas itu yang kononnya ada melakukan lawatan ke rumah bapanya ketika pemimpin itu sedang sakit teruk.

Sementara itu, ketika ditanya tentang kemasukan Tamrin ke dalam Pas, Zainon berkata, mereka sekeluarga tidak nampak apa yang menyebabkan abangnya itu berbuat demikian.

“Saya rasa lebih baik tanya tuan punya diri sendiri.Hanya dia dengan ALLAH sahaja tahu tujuan sebenar,” katanya. --SH

No comments:

Post a Comment

Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.