Parti politik yang bernama DAP boleh dirumuskan sebagai satu parti yang berjaya melahirkan pemimpin yang paling biadap dari kalangan ahlinya di Malaysia.
Banyak perbuatan dan perkataan yang dilakukan oleh pemimpin DAP ini terlalu kurang ajar dan tidak boleh diterima oleh rakyat Malaysia yang sangat terkenal dengan kesantunan yang tinggi.
Pemimpin DAP juga terlalu dangkal untuk menjiwa Rukun Negara kerana sering dilihat melakukan perbuatan kurang ajar lagi biadap yang ternyata membelakangi rukun ke lima, Kesopanan dan Kesusilaan.
M. Manoharan, ADUN DAP Kota Alam Shah adalah salah satu bukti kenapa aku menulis begini. Dia menggunakan kebebasan bersuara untuk berlaku biadap terhadap orang lain dan negera Malaysia.
Kita semua tahu semenjak kebelakang ini, Pakatan Pembangkang memang tiada isu untuk dimainkan. Mereka sedang sibuk menangkis dan cuba mempertahankan maruah mereka yang semakin hari semakin hilang kerana ketidakupayaan mereka mentadbir.
Rakyat di dalam negeri tadbiran Pembangkang sudah mula muak dengan janji kosong mereka. Untuk mengalihkan tumpuan, mereka sanggup menghina wira negara ini bertujuan mengalihkan kemarahan rakyat kepada isu yang lain.
Tapi Manoharan lupa yang rakyat Malaysia rata-ratanya tidak bersikap dan bersifat biadap seperti pemimpin DAP. Rasa cinta dan semangat kenegaraan yang tinggi memang sudah lama ada terutamanya rakyat yang tahu asal usul dan sejarah terbinanya negara ini.
Ternyata perbuatan Manoharan menghina Datuk Lee Chong Wei setelah tewas menentang Lin Dan dalam perlawanan akhir Olimpik baru-baru ini telah memakan diri.
Dia telah mendapat kutukan yang menyeluruh dari segenap lapisan masyarakat di Malaysia. Laman blog, media sosial terutamanya menjadi ruang pertunjukan kemarahan rakyat Malaysia terhadap pemimpin DAP itu.
Bila mendapat tekanan yang hebat, Mahoharan cuba melakonkan watak baik dengan memohon maaf di atas kebiadapan yang telah dia lakukan.
Tapi kalau dah nama pun manusia kurang ajar, dia minta maaf pun dengan cara yang agak kurang ajar. Nampak sangat dia tidak ikhlas dan jujur dalam permohonan maafnya.
Apa dia ingat hanya dengan tweet minta maaf kebiadapan dia boleh ditebus kembali?
Manoharan gagal atau mungkin terlalu rendah mindanya untuk memahami apa yang dilakukan Datuk Lee Chong Wei. Kesungguhan usaha dan keringat pemain badminton itu dimanupulasi untuk menjadi bahan politik untuk cubaan merendah keupayaan kerajaan sedia ada.
Kemarahan rakyat Malaysia di atas kebiadapan Manoharan menghina Jalur Gemilang masih belun reda, dia dah buat hal lain. Manoharan seakan ada perancangan jangka panjang yang berterusan untuk terus mencabar rakyat Malaysia yang tinggi rasa cintanya kepada negara ini.
Ini adalah bukti nyata kepimpinan DAP. Parti yang lahirnya untuk menjajah kini mula memperlihatkan wajah sebenar. Pemimpin yang biadap dan tidak punya semangat kecintaaan kepada negara tidak mungkin dapat membawa negara ini ke tahap yang lebih tinggi.
Jika diberikan peluang lagi untuk pemimpin DAP seperti Manoharan ini untuk berkuasa, jangan terperanjat jika negara kita satu hari nanti akan mendapat status negara paling biadap di dunia. Dengan idealogi komunis yang dibawakan oleh DAP ini bukan sesuatu yang mustahil untuk berlaku.
Permohonan maaf Manoharan tidak dilayan oleh rakyat Malaysia yang kini sudah terlalu marah dengan kebiadapan nya. Marah lama belum reda dia buat marah baru.
Manoharan akan menjadi liabiliti kepada DAP jika dia terus berada di dalam parti itu. Setiap tweet dan butir perkataan yang keluar dari mulutnya akan membuat rakyat benci kepada DAP dan ini adalah kejayaan kepada UMNO/BN.
DAP langsung tiada apa jasanya kepada negara ini. Orang buat jasa kepada negara dipersoal dan dipersenda pula. Memang biadap kelas pertama.
DAP langsung tiada apa jasanya kepada negara ini. Orang buat jasa kepada negara dipersoal dan dipersenda pula. Memang biadap kelas pertama.
Manoharan layak mendapat pingat emas Olimpik jika acara tweet paling kurang ajar dipertandingan dan dia adalah produk dari DAP.
JPX
bunyi locing yang tak bolih di ubah "kling..kling..kling..kling..keling..keling..kelinG..keliNG..kelING..keLING..kELING..KELING..KELING..KELING..
ReplyDelete