PADERI gay warga Malaysia, Ngeo Boon Lin yang menetap di Amerika Syarikat (AS) pernah mencetuskan kegemparan apabila mengumumkan perkahwinan dengan pasangan sejenis pada Ogos tahun lalu.
Awal minggu ini iaitu selepas setahun berkahwin, Boon Lin bersama produser muzikal, Phineas Newborn III kembali ke Malaysia mengadakan majlis resepsi sebagaimana yang dijanjikan dulu.
Lebih 200 tetamu hadir pada majlis itu. Kami bersyukur boleh mencipta sejarah di Malaysia, katanya kepada agensi berita AP.
Memang benar, beliau akhirnya dapat mencipta sejarah di tanah air ini di sebalik bantahan pelbagai pihak dan semua agama termasuk Kristian pada tahun lalu.
Bagaimanapun kali ini tiada bantahan, mungkin antara lain kerana beliau pulang secara senyap dan majlis itu tidak didedahkan kepada umum lebih awal.
Menurut Boon Lin, sesiapa pun tidak boleh menafikan hak beliau untuk pulang dan berkongsi kegembiraan dengan orang terdekat di tanah airnya sendiri.
Walau apa pun hujah beliau, kepulangannya mengadakan majlis resepsi di sini menimbulkan pelbagai tafsiran dan dalam diam mencetuskan rasa kurang senang banyak pihak.
Awang sendiri melihatnya sebagai kemenangan moral bukan sahaja kepada Boon Lin bahkan kepada kelompok lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) d negara ini.
Seorang lagi pelajar Melayu di Ireland turut menjadi perhatian media selepas berkahwin dengan lelaki Inggeris di sana. Awang tidak terkejut jika dia juga akan pulang membawa pasangannya suatu hari nanti. Masyarakat mungkin berdiam dan akhirnya perkahwinan gay bukan lagi isu di Malaysia.
Realitinya, gerakan LGBT semakin meresap kuat di negara ini dengan mendapat sokongan pelbagai badan antarabangsa. Antaranya, Human Rights Watch yang mendesak agar undang-undang mengkategorikan liwat sebagai jenayah di Malaysia, dihapuskan kerana dianggap lapuk. Ada juga pihak asing yang khabarnya memberikan bantuan kewangan dan nasihat kepada LGBT di negara ini.
Maka jika ada yang berpendapat gerakan LGBT tergugat selepas penganjuran Seksualiti Merdeka mendapat bantahan besar-besaran masyarakat Malaysia, itu suatu kesilapan besar. Pada permukaan kelihatan tiada riak tetapi di bawahnya, budaya songsang itu berarus deras.
Ia menyaksikan fasa baru dengan strategi berlainan bagi menjayakan agenda mereka bukan secara terbuka.
Apatah lagi terdapat ikon dan pemimpin politik yang menjadi pengamal homoseksual di negara ini - motivasi besar buat LGBT.--UM
No comments:
Post a Comment
Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.