APA TOK ALI CAKAP PASAL PERKHEMAHAN ADAM ADLI AND GANG??
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyifatkan segelintir pelajar yang mengadakan demonstrasi menuntut pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) diperalat parti pembangkang.
Beliau berkata isu tersebut sengaja dipolitikkan pembangkang kerana mereka telah ketandusan idea dalam meraih sokongan terutama generasi muda.
Katanya pemansuhan pinjaman PTPTN akan memberi kesan negatif yang besar terhadap rakyat khususnya golongan kurang berkemampuan dalam melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
“Penghapusan PTPTN akan memberi kesan bukan sahaja terhadap kos pendidikan, tetapi juga dalam pengagihan kemudahan yang memberi manfaat kepada rakyat,” katanya selepas melakukan lawatan ke syarikat Composite Technology Research Malaysia (CTRM) Sdn Bhd di sini, hari ini.
Mohd Ali diminta mengulas mengenai tindakan kira-kira 50 mahasiswa yang berhimpun dan berkhemah di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur sejak Sabtu lepas bagi menuntut kerajaan memansuhkan pinjaman PTPTN.
Beliau berkata kerajaan tidak mampu untuk memberikan biasiswa kepada semua pelajar kerana ia akan memberi kesan kepada kewangan negara.
Sebaliknya beliau berkata kerajaan hanya boleh menukar pinjaman kepada biasiswa untuk pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang.
Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.
No comments:
Post a Comment
Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.