Tanda tanya semakin besar siapa dalang di belakang Tony Pua yang mengetuai kumpulan Pakatan untuk menghentam Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M). Berdasarkan modus operandi yang dilakukan oleh Tony Pua dengan dibantu oleh Nurul Izzah, tidak mustahil kedua-duanya itu mewakili pemilik-pemilik rangkaian kedai runcit yang menggunakan konsep mini market.
KR1M sangat membimbangkan puak-puak ini. Ditambah pula dengan bantuan daripada Petronas yang memiliki outlet peruncitan di stesen-stesen petrol mereka, menjadikan KR1M satu jenama yang benar-benar mengancam pemonopolian golongan berkenaan.
Mempertikaikan tentang harga beberapa jenis barangan yang kononnya, lebih mahal berbanding hypermarket lain, merupakan cara termudah bagi Tony Pua dan Nurul Izzah mempertahankan pemonopolian tersebut. Mereka seperti cuba menggambarkan negara ini dikuasai sepenuhnya oleh kerajaan dan semua barangan dikawal harganya oleh kerajaan.
No comments:
Post a Comment
Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.