Anwar Ibrahim dipercayai berang dengan tindakan pihak polis menyiasat dirinya berkenaan satu laporan yang pernah dibuatnya tentang skandal klip video seks dengan seorang pelacur wanita.Dua orang kuat PKR yang juga merangkap peguam Anwar,Sivarasa Rasiah dan N. Surendran telah mengadakan sidang media jam 11.30 Pagi Semalam di ibu Pejabat KEADILAN untuk menjelaskan kepada umum berkaitan isu tersebut.
“Polis telah membuka kertas siasatan jenayah baru terhadap Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim berhubung tuduhan penglibatan dalam video seks video”, lapor FMT
FMT Melaporkan Sivarasa yang juga ahli biro politik PKR berkata,Anwar telah menerima panggilan dari ASP Teh Boon Ang beberapa hari lalu untuk meminta beliau memberikan kenyataan Rabu depan pada pukul 3 petang di balai polis Kepong berkenaan isu kenyataan palsu video seks tersebut.
“Dia (Teh) berkata, Anwar sedang disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan (bermaksud : (memberi) maklumat palsu,dengan niat menyebabkan penjawat awam menggunakan kuasa yang sah di sisi undang-undang untuk kecederaan orang lain).Laporan ke atas Anwar telah dibuat oleh DSP S Shanmuga Moorthy, pegawai yang merakamkan kenyataan Anwar berhubung video seks pada bulan April lalu,” kata Sivarasa dalam sidang media.
No comments:
Post a Comment
Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.