Ibu
pejabat MCA di Jalan Ampang, Kuala Lumpur disimbah dengan cat merah hari ini.
Tempat
yang disimbah cat itu adalah dinding dan lantai berhampiran pintu masuk
bersebelahan sebuah restoran di tingkat bawah.
Ketika
dihubungi, setiausaha akhbar kepada Presiden MCA, Giam Say Khoon berkata
seorang pengawal keselamatan mendapati kawasan itu cuba dicemarkan sekitar jam
7 pagi tadi.
Beliau
berkata ini adalah kali pertama ibu pejabat MCA disimbah dengan cat.
Kata
Giam, beberapa anggota polis kemudiannya datang untuk memeriksa tempat
kejadian.
Walau
bagaimanapun, beliau tidak dapat menentukan siapa di sebalik kejadian itu dan
motif berbuat demikian.
Sementara
itu, prsiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang ditemui pada satu majlis di
Serdang, hari ini, berkata beliau telah mengarahkan pentadbiran parti itu bagi
membuat laporan polis.
Walaupun
tidak menuding jari kepada mana-mana pihak, katanya terdapat spekulasi bahawa
tindakan berkenaan ada kaitan dengan penentangan MCA terhadap saranan supaya
hukum hudud dilaksanakan di negara ini.
“Saya
tidak kata ia ada kaitan... ini kali pertama dalam sejarah MCA, perkara ini
berlaku,” katanya.
Chua,
yang lantang menentang pelaksanaan udang-undang Islam, juga menggesa DAP dan
PKR supaya menyatakan pendirian mereka mengenai hudud.
SUMBER: CELAH GELEGAR
No comments:
Post a Comment
Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.