Sampai saat dan ketika ini, aku masih tak dengan Dewan Pemuda Pas Negeri Melaka yang handal ni bersuara walaupun sedikit tentang penganjuran Seksualiti Merdeka.
Pemuda PAS Melaka yang diketuai oleh Hj Yuhaizad Abdullah, calon PRK Merlimau yang tewas nampaknya terlalu kerdil dan kecil berbanding dengan apa yang dihebohkan sebelum ini.
Jika sebelum ini, Pemuda PAS satu Malaya sebuk marah kerajaan kerana benarkan Gaylord tua, Elton John buat konsert di Genting Highland, namun bising-bising "suara langau" ini hilang serta merta apabila Naib Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw meminta Pas lebih fleksibel dan tidak memaksa nilai-nilainya ke atas pihak lain.
Pemuda PAS yang berani dan tegas selama ini terus tunduk dan telan ludah mereka apabila big boss dah keluar arahan. Namun dalam masa yang sama masih ada penyokong PAS yang buat-buat berani keluar kenyataan mahu kerajaan tegas menghalang konsert penyanyi gay ini dilaksanakan.
Namun apalah suara peyokong PAS ini. Suara mereka hanyalah bertaraf bakul sampah dan longkang busuk. Sedangan pemimpin PAS pun suara pun dah kena potong dengan DAP komunis, masakan suara akar umbi PAS diambil kira.
Dengan tidak semena-mena, "rakan karib" dan "saudara baru" PAS ditakdirkan mahu menguji tahap setiakawan, kesabaran dan ketaatan PAS bersama PR. DAP sebagai big boss pun arah NGO yang suka mengadakan hubungan seks sama jenis untuk anjur satu program yang diberi nama SEKSUALITI MERDEKA.
"Malaysians have been fearless these past few years. We have demanded for fair elections, for justice, for democracy. Let us then remember that democracy does not only belong to the majority, or the powerful, or the loudest. Democracy belongs to all. Let’s demand for equal rights and human dignity not just for ourselves, but also for those who are different, whether straight, gay, lesbian, bisexual, intersex, transgender, asexual, unsure or simply fabulous. Let’s be queer without fear."
Jadi apa kata Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka tentang perkara ini??? Aku yakin dan percaya ramai Pemuda PAS yang belajar tinggi dan boleh faham dengan ayat bahasa orang putih yang dikatakan oleh penganjur Seksualiti Merdeka ini.
Pemuda PAS Melaka jangan jadi terlalu naif dan jangan terlalu tunduk dengan kafir yang sentiasa ini menyesatkan. Kalau benar PAS pejuang Islam, mana perjuangan PAS dalam hal ini???
Apakah kerana laba politik, PAS sanggup tunduk kepada DAP??? Kenapa lebih patuh kepada mereka dan sanggup membelakangkan perjuangan asal???
Satu lagi, Pemuda PAS jangan terlalu suka sangat serang orang tanpa lihat depan belakang kiri kanan. Allah nak tunjuk tak payah balik tahun... Kuman seberang laut boleh nampak, gaylord dalam pakatan buat kawan pulak...
JPX
Pas mmg bacul, apa yg cina Dap buat langsung x akan ditegur, buatlah pesta sek sekali pun janji yg terlibat sahabat mereka dlm PR.. Pas hanya diam, tunduk, takut dan gigil lutut utk tegur rakan kafir mereka.
ReplyDeletePas hanya menunggu masa utk hancur..
PAS dan PR akan hancur di MELAKA, terutamanya dikawasan JASIN...selagi Parti Ajaran Sesat ini mengadu dombakan masyarakat setempat selagi itulah mereka akan ditolakk..
ReplyDeleteChenderawasih..
Ooooi PAS Melaka,
ReplyDeleteJangan kasi malu orang Melaka tau.