Pages

Saturday, October 22, 2011

YANG DIPERTUA PAS BUKIT KATIL MOHON BANTUAN KERANA MENGHIDAPI PENYAKIT MISTERI



JPX kasihan sungguh dengan mamat Sofi "Senget" Wahab, yang Di Pertua PAS Bukit Katil yang semakin hari semakin tenat dengan penyakitnya.

Jika terdahuli, dia sering meracau siang malam menyalahkan UMNO dengan apa yang telah terjadi dalam hidupnya dan partinya, kini penyakit itu telah menyerang saraf mata dan otaknya.

Semalam PKR Negeri Melaka yang "hidup segan mati tak mahu" sekali lagi menerima tamparan hebat. Parti yang huru hara itu bertambah huru hara. Parti yang ahlinya sedikit itu kini sudah menghampiri angka kosong.

Seramai 30 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) cawangan Bukit Piatu di sini termasuk ketuanya, Mohd Said Abu, mengisytiharkan keluar daripada parti itu kerana tidak lagi mempercayai pucuk pimpinan parti itu.

Satu majlis khas untuk mengalukan penyertaan  Mohd Said Abu dan ahli PKR yang lain ke dalam UMNO Melaka telah diadakan. Dalam majlis tersebut, Mohd Said sendiri telah menyerahkan borang keahliaan UMNO kepada YAB Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka, Datuk Seri Hj Mohd Ali bin Mohd Rustam. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ketua PAS Cawangan Bukit Piatu, Cikgu Abdul Samad Mamat .

Si Sofi "Senget" pulak tulis dalam blog dia kata,

"Malam tadi Setiausaha PAS Kawasan Bukit Katil, Hj Ramli Dalip telah bertemu sendiri dengan kedua-dua bekas pemimpin Cawangan PAS dan Ranting PKR Piatu. Kedua-dua mereka iaitu Cikgu Samad dan Md Said menafikan sekeras-kerasnya bahawa mereka telah menyertai Umno dan menyerahkan borang kepada Mohd Ali."

Apa kes ni Sofi??? Apa pasal sampai macam ni sekali??? Dah terang lagi bersuluh. Borang keahlian Mohd Said dah ada dah pada UMNO Melaka. Apa yang kau sebuk nak nafi lagi???

Sakit ke perut kau kalau satu hari tak membohong???
Tak lengkap ke hidup kau kalau tak berdusta???
tak sempurna ke hari kau kalau kau tak buat fitnah???

Janganler tunjuk diri dan parti kau dalam keadaan terdesak sangat. Kalau ahli kau dan ahli PKR dah tak suka pada parti mereka, biar ler mereka nak buat apa pun kan...

Ini kan negara demokrasi. Semua ada hak masing-masing. Bukankah itu yang selalu kau dan parti kau cakap bukan???

Satu lagi, orang Islam tak boleh berbohong apatah lagi kalau mereka mengaku mereka adalah perjuang Islam melalui parti politk mereka kan....

Agak-agaknya, apa jenis penyakit yang dihidapi oleh Sofi "Senget" ni sampai dia meroyan macam ni???

JPX


No comments:

Post a Comment

Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.