Pages

Tuesday, October 25, 2011

PERDANA MENTERI DISERANG OLEH PELAJAR OKU!!!???

L

Blogger handalan PapaGomo melaporkan mendapat maklumat bahawa kumpulan pelajar yang tediri daripada budak suruhan PR akan berdemo secara haram di UIA sempena lawatan PM ke universiti tersebut pagi ini. 

BudaK suruhan PR ini tentunya mereka yang terdiri dari pelajar yang lemah dan selalu "repeat paper". Kalau mereka bijak pandai tentu sahaja mereka dapat memilih mana yang lebih patut lakukan sewaktu mereka berada di universiti.

Peluang yang telah diberikan nampaknya dipersia-siakan oleh pelajar yang menjadi budak suruhan PR ini. Mungkin hanya kerana sedikit sogokan yang diberikan oleh PR dan mengejar nama juga populariti mereka sanggup membelakangkan pelajaran.

Apakah agaknya perasaan ibubapa mereka jika anak harapan yang dihantar ke universiti melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan oleh pelajar??? Adakah pelajar jenis ini boleh dikatakan derhaka kerana mengecewakan hati ibu bapa mereka??

Memang tidak dinafikan golongan yang menjadi budak suruhan PR ini lemah pemikirannya dan di universiti tempat mereka meningkatkan pemikiran mereka. Tapi jika peluang ini tidak digunakan sebaiknya., mereka hanya buang masa dan menutup peluang orang lain yang lebih mengharapkan tempat di universiti.

AUKU PERLU DILAKSANAKAN DENGAN SEBAIK MUNGKIN. KEPADA PELAJAR YANG TIDAK MINAT UNTUK BELAJAR DAN CENDERUNG BERPOLITIK, BUAT PILIHAN YANG TIDAK MERUGIKAN ORANG LAIN. GUNAKAN MINDA ANDA YANG MEMBOLEHKAN ANDA KE  UNIVERSITI ITU UNTUK MEMBUAT PILIHAN YANG TEPAT!!!

JPX

No comments:

Post a Comment

Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.