Tidak lama selepas berita bahawa bekas pemimpin Libya yang diguligkan, Muammar Gaddafi cedera di kedua-dua kakinya, satu laporan berita dari Al Jazeera menyebut beliau telah terbunuh.
Punca kematian Gaddafi akibat daripada kakinya yang cedera parah selepas diserang bertubi-tubi oleh tentera pealihan kerajaan (NTC) dengan bantuan tentera NATO yang berjaya menawan kubu terakhir Gaddafi di bandar kelahirannya, Sirte.
Jurucakap NTC, Jamal abu-Shaalah yang juga komander operasi menangkap Gaddafi berkata, semasa ditawan, Gaddafi merayu supaya tidak ditembak kerana kedua-dua kakinya cedera teruk semasa pertempuran.
Satu lagi laporan menyebut bahawa Gaddafi bersembunyi di dalam lubang bawah tanah setelah cuba melarikan diri menggunakan lebuh raya menuju ke sempadan Tunisia. Jurucakap NTC yang berada di Sirte, Abdel Majid berkata Gaddafi dikejarkan ke hospital menggunakan sebuah ambulans.
Majed juga menyebut semasa pertempuran tersebut, ketua turus tentera Gaddafi, Abu Bakr Younus Jabr terbunuh berhampiran dengan tempat di mana Gaddafi ditawan. Agensi berita Reuters turut mengesahkan bahawa Gaddafi terbunuh, sebentar tadi. - AAKJ
tak ada yg kekal selamanya didunia , nampaknya Ghadafi menerima nasib yg lebih buruk daripada Saddam , mereka maut ditangan rakyat sendiri yang dibantu oleh pihak luar ..
ReplyDeletesiapa benar siapa salah itu urusan Tuhan , jika ghadafi yg benar bermakna dia mati syahid ! syurga baginya ..
samada Libya akan lebih bahagia atau lebih derita selepas ini sama2 kita tunggu , jangan sampai Libya menerima nasib malang sebagaimana Mesir ..
Anon 10:41, setuju...Gaddafi dah jumpa ajalnya(jika benar) dan kita belom tahu kita punya...
ReplyDeletejadi kita pun siap sedia...
dosa pahala, syurga nereka Allah tentukan...