Sekarang ni.., ada beberapa nama yang diwar-warkan akan jadi MB Kedah yang baru. Mereka adalah Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi (Pengkalan Kundor), Datuk Amiruddin Hamzah (Anak Bukit) dan Datuk Mohamad Taulan Mat Rasul (Tokai). Kesemua mereka adalah merupakan Exco kerajaan negeri.
Phahrolrazi, 58, dan Amiruddin, 49, ialah jurutera awam manakala Mohamad Taulan, 69, seorang peguam. Phahrolrazi ialah Timbalan Pesuruhjaya Negeri manakala Amiruddin pula bendahari PAS negeri.
Spy juga dapat tau yang Hadi Awang dijadualkan mengadap Sultan Kedah dalam masa terdekat bagi memaklumkan baginda pasal peralihan kuasa tersebut. Sekarang ni, Hadi dijangka akan buat mesyuarat tergempar bersama pemimpin negeri di Alor Setar hujung minggu ni.

No comments:
Post a Comment
Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.