1. Dalam sibuk Ahli Parlimen Muar ni kerja, ada juga masa nak merempit. Tapi Dato Razali bukan sebarang Mat Rempit. Ini rempit untuk kebaikan dan yang paling penting ikut undang-undang punya...
2. YB Dato Razali telah dijemput untuk merasmikan Mesyuarat Agong Muar Bikers Club (MrBC) petang tadi. Meyuarat dwi tahunan tersebut diadakan di Marina Tanjung Emas, Muar.
3. Marina Tanjung Emas ni memang sempoi. Nama pun tanjung, lepak petang-petang dengan orang tersayang, nengok laut sambil bincang nama anak memang sesuai...hehehee
4. Balik pada cerita tadi, untuk ke Mesyuarat MrCB, Dato' Razali ni bawak skuter dia sambil diiringi oleh motor berkuasa besar dari kelab tersebut. Konvoi ni round satu bandar Muar sebelum ke Tanjung Emas. Kira gempak juga ler...
5. MrCB mempunyai lebih kurang 120 orang ahli telah mula aktif sejak tahun 2000. Keahlian MrCB meliputi pemilik motorsikal berkuasa besar dari segenap pelusok Muar dan ada juga ahlinya dari Singapura.
6. Razali yang juga merupakan penaung kelab tersebut memuji MrCB kerana aktif dan tanpa gagal melibatkan diri dalam apa jua program anjuran Parlimen Muar dan agensi kerajaan sekiranya dipanggil.
7. MrCB juga aktif menjalankan program kemasyarakatan. Program seperti Konvoi Amal telah menjadi acara tetap setiap tahun bagi kelab ini.
8. Dalam ucapan perasmiannya, Razali meminta agar kelab ini dapat membimbing para belia, khususnya Mat Rempit ke arah yang lebih sihat. MrCB juga diminta agar melibatkan golongan ini dalam setiap program mereka.
JPX
No comments:
Post a Comment
Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.