Pages

Sunday, December 12, 2010

NIK AZIZ MASUK HOSPITAL LAGI???


KOTA BAHARU, 12 Dis (Bernama) -- Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kini menjalani rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian kerana masalah pinggang.

Anaknya Nik Omar berkata Murysidul Am PAS itu dirawat di hospital itu sejak Jumaat lepas setelah dinasihatkan pakar perubatan pada Rabu.

"Ayah saya telah menjalani pemeriksaan untuk pinggangnya dan atas nasihat doktor dia menjalankan pemeriksaan terperinci.

"Saya tidak tahu bila ayah akan dibenarkan keluar," katanya kepada pemberita, di sini.

Nik Omar berkata masalah pinggang itu dihidapi ayahnya sejak sekian lama selepas terjatuh dari kuda.

Menteri Besar Kelantan berusia 79 tahun itu dilaporkan berada dalam keadaan baik.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.