Pages

Wednesday, November 03, 2010

Awas nyamuk-nyamuk kecil bunyi macam-macam – Shabery

Kalau ada penduduk di Batu Sapi merasakan mereka susah, sebenarnya ada lagi rakyat negara ini yang lebih susah.

Menjadi orang kaya pula kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Shabery Cheek bukan beerti mereka senang malah ada dikejar bank kerana berhutang.

Sebab itu nasihat beliau kepada penduduk di Batu Sapi, walaupun tinggal di rumah kurang baik, mereka masih boleh nikmati hidup dan tidur yang lena.

"Di sini kita senang tidur dan pagi-pagi bangun badan sihat kerana tiada hutang. Belum tahu, kalau tinggal di rumah batu kita boleh senang, ada kena kejar dengan bank atau ah long" katanya.

Bercakap ketika program ramah mesra dengan penduduk Kampung Sundang Laut di Batu Sapi, beliau meminta pengundi jangan terpengaruh cakap-cakap pembangkang yang menghina penduduk di sini dengan mengatakan semuanya hidup susah.

"Masa sekarang banyak nyamuk-nyamuk kecil ganggu di telinga. Bunyi macam-macam. Mereka mahu pecah belahkan dan hasut rakyat benci kerajaan," katanya.

Katanya, jika rakyat berpecah, kumpulan ini yang untung.

Menurut Shabery, jika mahukan masa depan yang lebih baik, penduduk Batu Sapi perlu menyokong calon Barisan Nasional Datin Linda Tsen Thau Lin.

"Kementerian boleh memberi peruntukkan untuk aktiviti belia dan remaja di sini asalkan surat permohonan datangnya dari wakil rakyat BN," ujar Shabery lagi.

Beliau menyatakan puashati kerana sepanjang perjalanan beliau di kawasan itu, banyak rumah ditampal poster BN tanda terima kasih kepada kerajaan.

SS

No comments:

Post a Comment

Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.