Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Thursday, April 05, 2012

WAJIB BACA:MAHASISWA MEMANG PATUT SERTAI 3.0!!!



BERSIH 3.0 adalah satu agenda Pakatan Pembangkang dalam menghuru-harakan keamanan dan kestabilan Negara Malaysia.
Bertopengkan tuntutan pilihanraya yang adil, BERSIH kononnya mewakili  seluruh rakyat Malaysia yang mahukan perbaharuan dan perubahan cara pilihanraya diadakan mengikut selera mereka.
Tuntutan mereka tidak dipandang sepi oleh kerajaan. Satu jawatankuasa khas di peringkat Parlimen untuk membincangkan tuntutan ini. Wakil kerajaan dan pembangkang akan duduk bersama mencari persamaan agar perbezaan pendapat dapat diselesaikan untuk kebaikan semua.
Ada yang kerajaan setuju dan ada juga yang sebaliknya.
Pembangkang menuntut tempoh kempen dipanjangkan dari 10 hari kepada 21 hari.
Tapi adakah mereka sedar bahawa mereka telah mula berkempen sebaik sahaja Pilihanraya Umum 12 tamat?
Dari kota besar ke desa hinggalah ke pendalaman perkampungan Orang Asli, pembangkang tidak pernah gagal untuk berceramah tentang politik mereka hampir setiap hari.
Tiang api, pondok telefon, perhentian bas dan dinding-dinding bangunan di masa sahaja di seluruh Malaysia boleh kita nampak pelbagai jenis poster ceramah pemimpin Pakatan yang telah lalu dan yang akan datang.
Ini berlaku sepanjang masa sebaik sahaja Pakatan diumumkan menang di Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan mengekalkan kuasa di Kelantan.
Bukankan ini dalah satu cara kempen pilihanraya dan adakah sepanjang masa itu masih tidak mencukupi?
Kerajaan BN juga gagal mengekalkan kuasa 2 per 3 di dalam Parlimen Malaysia.  Ini jelas menunjukan BN langsung tiada kuasa untuk menentukan keputusan pilihanraya.
Jadi adakah tuntutan BERSIH 3.0 ini releven sedangkan pilihanraya Malaysia terbukti berlangsung dalam keadaan yang adil dan saksama.
Kekalutan yang terbesar dalam tuntutan BERSIH yang didalangi oleh Pakatan ini adalah bila mereka sendiri tidak mampu melaksanakan pilihanraya yang adil di dalam parti mereka sendiri.
Kita masih ingat bagaimana nyawa ahli PKR yang hampir melayang dalam siri pemilihan PKR yang lalu.
Kertas undi yang meragukan, ada “guru” yang mengajar perwakilan supaya pangkah calon tertentu, kehadiran perwakilan yang luar biasa walaupun dewan hanya penuh kerusi, pergaduhan di dalam dan luar dewan antara dua kumpulan dari parti yang sama adalah bukti jelas pilihanraya dalam parti mereka yang perlu diberikan perhatian segera.
Anwar adalah Ketua Umum. Azizah adalah Presiden. Nurul Izzah Naib Presiden (Nurul Nuha dalam proses). Ini semua terjadi adalah kerana amalan pilihanraya parti yang bersih dalam PKR.
DAP pula hampir tidak menggunakan pilihanraya di dalam parti mereka bila ayah melantik anaknya menggantikan jawatan  dalam parti. Demokrasi hanyalah pada nama dan langsung tidak dijadikan agenda di dalam DAP.
Nik Aziz, juga hampir tidak percaya pada demokrasi. Dia menentukan siapa yang akan menjawat jawatan apa di dalam PAS. Kini dia sibuk melatih anaknya, Nik Abduh untuk menggantikannya di dalam PAS.
Ketiga-tiga pemimpin Pakatan yang sibuk mencanang dan arah ahli mereka untuk menyertai BERSIH 3.0 ini langsung tidak mengamalkan apa yang mereka tuntut dan mahukan.
Jadi bagaimana kita mahu terima dan percaya kepada tuntutan BERSIH 3.0 ini??
Apakah kita percaya mereka akan laksanakan tuntutan ini jika mereka berkuasa kelak sedangkan apa yang mereka tuntut itu sedikit tidak pernah berlaku di dalam parti yang mereka kuasai??
Mereka bising dan menjerit mahu perubahan dalam sistem pilihanraya walhal mereka sebenarnya patut malu kepada diri sendiri.
BERSIH 3.0 kali ini mahukan penglibatan total mahasiswa. Agenda mereka jelas menunjukan kini mereka sangat terdesak untuk mendapatkan simpati dan sokongan hingga terpaksa mohon suaka dari mahasiswa.
Kesedaran dan kewarasan mahasiswa amatlah diharapkan untuk menolak dan tidak menyertai BERSIH 3.0 ini.
Hanya mahasiswa yang sering tuang kelas dan mungkin IQnya dibawah paras mahasiswa normal yang akan turut serta dalam BERSIH 3.0.
Namun, segala dakyah dan kejahatan akan diteruskan untuk memastikan BERSIH 3.0 berlangsung dan berjaya.
Sumber kewangan yang luar biasa juga akan menjadi kekuatan utama mereka menjaya perhimpunan haram ini. 
Dari mana datangnya wang ini juga patut dipersoalkan. Jika benar BERSIH ini bersih, tentu sahaja tiada apa-apa halangan untuk mereka nyatakan sumber kewangan mereka untuk menganjurkan perhimpunan haram yang sudah masuk siri ke tiga ini.
Jika tidak, masakan Sasterawan Negera pun akan terpedaya bukan?
JPX

6 comments:

Anonymous said...

tulisan yang baik. moga mahasiswa tak join benda bodoh ni.

Anonymous said...

aku cadang siapa yang pergi join perhimpunan haram dihukum sebat guna ekor pari.

Simma said...

kita sama-sama doa agar Malaysia ni terus aman di bawah pimpinan PM Najib Tun Razak

Anonymous said...

Ayat last sekali tak tahan...

Jika tidak, masakan Sasterawan Negera pun akan terpedaya bukan?

kahkahahah

Anonymous said...

mANA TAK TERPEDAYA BRO...JANJI BULAN BINTANG...yang kelakarnya tak rasional langsung....

Nak hapus PTPTN...apa cerita yang dah bayar habis dan bayar ikut jadual...beli Inspira boleh ...nak bayar PTPTn nak berkira....kalau abang dapat ptptn...dan abis belajar dapat kerja bayar...kemudia adik masuk belajar...adik pulak dapat kemudahan nak belajar.

Nak BERSIH ...bersih apa..nampak kotor lagi ada...hai nak kerajaan negeri duit banyak ...jual harta...bukan jana pendapatan...lepas tu claim cekap urus...macam bapa ada tanah..beri pada anak untuk urus...si anak kemudian jual...ye duit banyak...tapi kepala jinggutnya cekap urus...pengabiskan harta adala....besok ramai-ramai orang melayu duduk kat tanah rezab sungai sahaja....masatu baru puas hati kot.

Kelantan tetap kepada PAS...ha.ha..kenapa gua balik kelate mak mertua gua PAS ...tokse pangkaoh PAS...bendera UMNO kian berkibar megah di bumi kelate....gua terkejut pi rumah pak sedara tengah tengok berita RTM...dulu kuat PAS tu...jawapannya mudah...orang kelantan bijak berpolitik...kalau dah dengan DAP berpeluk sakan...prinsip Islam dah tukar kebajikan...apa nak tunggu lagi...bukan semua rakyat kelantan tuli ngok beb...

Ha..ha. air free kat selangor..syukur gua dah hampir dua tahun tak bayar air...tapi jiran yang anak 6 tetap bayar air banyak....padahal gua bukan sasaran yang tak perlu bayar air...

Anonymous said...

Dalam PKR ni, Ketua Umum tu boleh dipertandingkan ke tak? Kalau tak, alamat sampai mati jadi ketua umum.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa