BELANJAWAN 2013 YANG BERTEMAKAN
MEMAKMUR NEGARA, MENSEJAHTERA RAKYAT : SEBUAH
JANJI DITEPATI
PERTUMBUHAN EKONOMI
*
Pertumbuhan ekonomi diunjur berkembang kukuh pada kadar 4.5 peratus hingga 5.5
peratus.
*
KDNK nominal dijangka melepasi paras RM1.0
trilion.
*
Peruntukan RM251.6 bilion bagi
program dan projek pembangunan,
dengan fokus terhadap kesejahteraan rakyat.
*
Kutipan hasil Kerajaan Persekutuan 2013
dianggarkan meningkat kepada RM208.6
bilion.
BISNES DAN PELABURAN SWASTA
*
Pelaburan swasta dijangka meningkat kepada RM148.4
bilion.
*
RM3.0 bilion diperuntukkan bagi
pelaksanaan projek permulaan (EPP)
bagi tahun 2013.
*
Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik
berjumlah RM1.0 bilion di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk aktiviti penyumberan
luar dan pemerolehan teknologi oleh syarikat tempatan.
*
Penyediaan dana sebanyak RM1.0 bilion
di bawah Skim Pembangunan PKS bawah
kendalian SME Bank.
*
SME Bank dengan kerjasama Bank
Pembangunan Islam akan menyediakan Dana
Industri Halal sebanyak RM200 juta
untuk membiayai modal kerja PKS terlibat.
* Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil berdaftar
dengan had maksimum RM5,000 dengan
peruntukan RM16 juta setahun.
*
Perbadanan Nasional Bhd menyedia
kemudahan pinjaman hingga RM25,000
bagi pemegang lesen dan RM500,000
bagi penyedia lesen menerusi program Transformasi
Perniagaan.
*
Elaun Cukai Pelaburan 100 peratus
untuk 10 tahun bagi aktiviti penapisan produk petroleum kepada yang layak.
*
Program Insentif Global bagi Perdagangan
(GIFT) ditambah baik dengan pengecualian
cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun bagi tempoh tiga
tahun pertama operasi.
*
Perbelanjaan menerbitkan AgroSukuk
diberi potongan cukai dua kali bagi tempoh empat tahun mulai tahun taksiran
2012 hingga 2015.
*
DanaInfra Nasional Bhd akan
terbitkan bon runcit bernilai RM300 juta
akhir tahun 2012 untuk biayai pembangunan
MRT.
*
Perbelanjaan tambahan menerbitkan bon dan sukuk runcit akan diberi potongan
cukai dua kali mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
*
Pelabur individu diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara yang
terlibat dalam urus niaga bon dan sukuk runcit.
*
Suruhanjaya Sekuriti perkenal inisiatif Graduate Representative Program
dengan sektor swasta bagi melatih 1,000 graduan.
*
Peruntukan modal Danajamin ditambah
sebanyak RM400 juta dalam tempoh dua
tahun. Suntikan ini dapat melipatgandakan nilai terbitan antara RM4.0 bilion hingga RM6.0 bilion.
*
RM100 juta disediakan kepada Yayasan Pasaran Modal melalui Tabung
Pembangunan Pasaran Modal di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti.
*
Pengecualian cukai pendapatan bagi
tempoh 10 tahun kepada syarikat
berstatus Tun Razak Exchange,
pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee dan pengecualian cukai
bagi pemaju hartanah.
*
Yayasan Wakaf Malaysia, di bawah
Jabatan Wakaf Zakat dan Haji diberi tanggungjawab untuk merangka pelan induk
Wakaf Korporat dengan mengambil kira struktur perundangan Agama Islam Negeri.
PENYERTAAN BUMIPUTERA
*
RM9.0 bilion atau 43 peratus
daripada nilai kos infrastruktur projek
MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera.
* Dana Pembiayaan Bumiputera berjumlah RM1.0
bilion akan disediakan oleh SME Bank untuk membantu PKS membiayai pengambilalihan anak syarikat
milik GLC yang menjalankan aktiviti bukan teras dan telah dikenal pasti untuk
dijual
*
Skim Jaminan Modal Kerja akan
dilanjutkan sehingga Disember 2013, dan diperluaskan kepada syarikat Bumiputera
Berprestasi Tinggi serta kelayakan manakala dana pemegang saham syarikat
ditingkatkan kepada RM20 juta.
* Pembiayaan TEKUN bagi usahawan kecil dan sederharna diberi
peruntukkan RM350 juta termasuk RM50 juta bagi Skim Usahawan Masyarakat India.
*
Skim Dana Pembiayaan Harta Intelek
berjumlah RM200 juta akan ditawarkan
oleh Malaysia Debt Ventures dengan kerajaan memberi subsidi kadar faedah
sebanyak dua peratus dan jaminan 50 peratus melalui Credit Guarantee
Corporation bagi membolehkan PKS menggunakan harta intelek sebagai nilai
komersial dan instrumen untuk mendapatkan pembiayaan.
*
Peruntukan sebanyak RM19 juta bagi
program latihan penilai harta intelek tempatan kendalian Perbadanan Harta
Intelek serta mewujudkan platform pasaran harta intelek.
*
Syarikat yang melabur dalam syarikat subsidiari yang menjalankan aktiviti
mengkomersialkan penemuan R&D diberi potongan cukai bersamaan dengan jumlah
pelaburan.
*
Syarikat subsidiari yang menjalankan aktiviti mengkomersialkan penemuan R&D
diberi pengecualian cukai pendapatan sebanyak 100 peratus ke atas pendapatan
berkanun untuk tempoh 10 tahun.
*
Potongan cukai bersamaan dengan jumlah pelaburan oleh pelabur pemangkin dalam
syarikat teroka dibenarkan ditolak daripada semua jenis pendapatannya.
*
Dana Skim Pembiayaan Teknologi Hijau
akan ditambah sebanyak RM2.0 bilion
lagi dan tempoh permohonan skim ini dilanjutkan sehingga 31 Disember 2015.
*
Kerajaan akan memastikan hutang Kerajaan Persekutuan tidak melebihi paras 55
peratus kepada KDNK dan defisit fiskal terus berkurangan kepada tiga peratus
menjelang 2015.
*
Sistem percukaian negara akan
diperkukuhkan dengan sistem cukai yang menyeluruh dan saksama
*
Perolehan kerajaan dan pembelian adalah berdasarkan prinsip "nilai untuk
wang"
KESEJAHTERAAN RAKYAT
*
Peruntukkan RM6 bilion bagi melaksanakan
pelbagai projek dan program untuk memastikan kesejahteraan rakyat dan memacu
pertumbuhan ekonomi. Antara projek yang dikenal pasti termasuk membaik
pulih dan menyelenggara sekolah, klinik kesihatan, projek perumahan, projek tangki
air, rancangan tebatan banjir dan penyediaan kemudahan sukan.
* Peruntukkan RM1.9 bilion bagi membina 123,000
unit rumah pada harga berpatutan di
kawasan strategik, dan akan dilaksanakan oleh PR1MA, Syarikat Perumahan Nasional Bhd dan Jabatan Perumahan Negara.
*
Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) ke atas keuntungan pelupusan hartanah yang
dibuat dalam tempoh tidak melebihi dua tahun mulai tarikh perolehan dikenakan
pada kadar 15 peratus, bagi tempoh pegangan melebihi dua hingga lima tahun
dikenakan pada kadar 10 peratus dan bagi tempoh pegangan melebihi lima tahun
tidak dikenakan CKHT.
*
Peruntukan RM100 juta kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
yang dijangka dapat memulihkan 30 projek rumah terbengkalai.
*
Insentif cukai pemulihan rumah terbengkalai untuk menggalakkan penyertaan
sektor swasta.
*
Kadar cukai pendapatan diturunkan satu
mata peratusan bagi setiap kumpulan pendapatan bercukai tahunan melebihi
RM2,500 sehingga RM50,000.
*
Kadar cukai pendapatan koperasi
dikurangkan antara satu dan tujuh mata peratusan bagi semua kumpulan
pendapatan bercukai.
*
Felda akan membangunkan 20,000 projek perumahan dalam kawasan Felda, membaiki
rumah-rumah kampung tradisi, program latihan dan latihan kemahiran.
*
Yayasan 1MDB akan menyediakan RM300 juta bagi pemberian geran
pendidikan, bantuan kewangan, pembinaan rumah untuk pelajar prasekolah di
kawasan pedalaman Sarawak, Klinik Bergerak 1Malaysia dan program membaiki rumah
bagi golongan miskin dan daif.
* Syarikat GLIC dan GLC akan memperuntukkan RM500 juta untuk menjalankan aktiviti tanggungjawab sosial korporat
dalam bidang pembangunan komuniti, biasiswa, pendidikan, sukan dan alam
sekitar.
*
RM1.2 bilion diperuntukkan untuk
program Kebajikan Rakyat 1Malaysia )KAR1SMA)
yang meliputi program bantuan warga emas, bantuan kanak-kanak, elaun pekerja
Orang Kurang Upaya serta bantuan penyakit kronik.
*
RM400 juta diperuntukkan untuk
program Akhiri Zaman Miskin (1AZAM)
yang dijangka memanfaatkan 58,330 peserta.
*
Menambah enam pusat Anjung Singgah dan mewujudkan lima Anjung Kasih di Hospital
Sibu, Miri, Temerloh, Seremban dan Ipoh.
*
RM738 juta diperuntukkan bagi pembangunan belia dan sukan. RM15 juta
diperuntukkan bagi mempersiapkan para atlet ke kejohanan sukan antarabangsa,
RM50 juta lagi untuk tempoh empat tahun khusus untuk persiapan Sukan Olimpik
Rio 2016.
BELIA
* Tahun 2013 diisytiharkan sebagai Tahun
Kesukarelawan Nasional.
*
RM50 juta diperuntukkan bagi
mewujudkan "New Entrepreneur
Foundation" untuk membantu usahawan muda dalam bidang ICT dan RM50 juta lagi untuk mewujudkan "Young Entrepreneur Fund"
*
Memberi rebat RM200 secara
"one-off" bagi pembelian satu unit telefon pintar 3G untuk belia
berumur 21 hingga 30 tahun.
*
RM6 juta diperuntukkan sebagi
bantuan pentadbiran dan kegiatan kepada semua persatuan seni yang berdaftar
SOSIAL
*
Pengusaha bas sekolah yang membeli bas
baru untuk mengantikan bas yang berusia lebih 25 tahun akan diberi rebat tunai RM10,000 dan subsidi kadar
faedah dua peratus ke atas pinjaman.
*
Skim perlindungan insurans
kemalangan diri, hilang upaya kekal dan kematian kepada murid sekolah yang
menggunakan perkhidmatan bas sekolah berpermit dengan had maksimum perlindungan
RM100,000
PELAJAR DAN PERSEKOLAHAN
*
RM2.6 bilion diperuntukkan bagi
program kebajikan pelajar sekolah daripada keluarga berpendapatan rendah
merangkumi bantuan makanan asrama,
Rancangan Makanan Tambahan, pembelian buku teks dan bantuan bayaran tambahan
persekolahan.
*
Program bantuan persekolahan RM100
kepada pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah diteruskan mulai Jan
2013 dengan peruntukan RM540 juta.
*
Meneruskan program Baucar Buku 1Malaysia
kepada pelajar institusi pengajian tinggi dan pra-universiti dan nilai baucar
dinaikkan daripada RM200 kepada RM250.
*
Pelepasan cukai bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dinaikkan
daripada RM3,000 kepada RM6,000.
*
Diskaun 20 peratus bagi peminjam
yang menyelesaikan sekali gus pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi
Nasional (PTPTN), manakala peminjam yang membayar pinjaman secara konsisten
akan menikmati diskaun 10 peratus setahun.
*
100 Pusat Internet 1Malaysia akan
diwujudkan di kawasan perumahan rakyat bagi tempoh 2013 hingga 2015 dengan
peruntukan RM150 juta
SEKTOR AWAM DAN PENDAPATAN ISI RUMAH
*
Tambahan bonus sebulan gaji bagi
penjawat awam yang mana bayaran setengah bulan akan dibuat pada Dis 2012,
manakala setengah bulan lagi pada Jan 2013 dan bayaran RM500 kepada pesara kerajaan.
*
RM1.9 bilion diperuntukkan bagi membina 123,000 unit rumah dengan harga
berpatutan di kawasan-kawasan strategik merangkumi rumah yang dilaksanakan oleh
Syarikat Perumahan Negara Berhad, Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan
Jabatan Perumahan Negara.
*
Had pendapatan peminjam perseorangan bagi Skim
Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM5,000 sebulan, manakala
had pendapatan bersama suami isteri RM10,000.
*
Melaksanakan pemberian pusingan kedua
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Ia juga diperluaskan kepada individu
bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000
sebulan.
*
Pengurangan subsidi gula 20 sen
sekilogram mulai 29 Sept 2012 dan memperuntukkan RM1.5 bilion bagi
menstabilkan harga minyak masak di pasaran.
*
RM386 juta diperuntukkan bagi
membuka 57 Kedai Rakyat 1Malaysia
dan menanggung kos pengangkutan produk dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan
Labuan.
*
Diskaun 50 peratus ke atas tambang
penumpang feri dari Labuan ke Sabah dan Sarawak serta diskaun 50 peratus ke
atas tambang feri bagi kenderaan komersial mengangkut barang keperluan dan
binaan ke Labuan
HAJI
*
Pencarum KWSP dibenarkan membuat pengeluaran di Akaun 2 bagi jemaah muassasah
untuk menampung kekurangan kos tambang dengan had pengeluaran RM3,000
CUKAI
PENDAPATAN
*
Kadar cukai pendapatan individu
diturunkan satu peratus bagi kumpulan berpendapatan bercukai tahunan melebihi
RM2,500 hingga RM50,000.
*
Kerajaan akan menubuhkan "National
Strategic Coordination Unit" untuk merancang dan menyelaras Program
Transformasi Bandar dan Program Transformasi Luar Bandar.
*
Pusat Transformasi Bandar (UTC) akan diwujudkan di Alor Setar, Kuantan, Ipoh,
Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching, manakala lima RTC diwujudkan di Melaka,
Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak.
*
RM4.5 bilion diperuntukkan bagi
mengurangkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar meliputi
pembinaan 441 kilometer jalan luar bandar dan jalan perhubungan desa, projek
infrastruktur utiliti, Program Desa Lestari, program pembangunan ekonomi
masyarakat Orang Asli serta membekalkan 40,000 tangki air di kawasan pedalam
Sabah dan Sarawak.
*
RM19.3
bilion diperuntukkan bagi perkhidmatan dan pembangunan kesihatan.
*
RM20 juta untuk membuka tambahan 70 Klinik 1Malaysia, yang akan
turut menyediakan perkhidmatan ujian
kolestrol dan glukosa serta ujian air kencing.
* RM50 juta diperuntukkan untuk program pembangunan wanita dan masyarakat termasuk melatih 500 wanita di
bawah Program Pengarah Wanita, meningkatkan Program Inkubator Keusahawan Ibu
Tunggal, pemberian geran RM1,000
untuk "Program Get Malaysian
Business Online" dan pemeriksaan percuma ujian Mamogram
No comments:
Post a Comment
Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.