Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Tuesday, November 05, 2013

MELAKA TERUSKAN USAHA HARGAI PEGAWAI SYARAK

MELAKA 5 Nov. - Elaun bilal, noja dan pengurus jenazah wanita di negeri Melaka akan dinaikkan bermula awal tahun depan.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron ketika mengumumkan perkara itu berkata, ia membabitkan 181 masjid kariah di seluruh negeri.

Beliau berkata, elaun bilal akan dinaikkan daripada RM290 kepada RM310; elaun noja daripada RM280 kepada RM300 dan elaun pengurus jenazah wanita daripada RM160 kepada RM200.

"Dengan kenaikan ini, diharap akan memberi keselesaan kepada para bilal, noja dan pengurus jenazah untuk bertugas dengan lebih semangat di samping mengiktiraf pengorbanan mereka," katanya ketika berucap pada majlis sambutan Maal Hijrah 1435 peringkat Melaka dirasmikan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob.

Pada majlis itu, Mohd Khalil turut melancarkan kad perakuan nikah baharu menggunakan teknologi kod "Quick Response" (QR).

Idris berkata, Melaka merupakan negeri pertama di negara ini menggunakan teknologi kod QR pada kad perakuan nikah.

Beliau berkata, melalui teknologi itu, pihak berkuasa boleh mengesan ketulenan dan kesahihan kad perakuan nikah dalam tempoh masa yang cepat menggunakan telefon pintar.

Katanya, ia merupakan komitmen kerajaan negeri untuk mempertingkat perkhidmatan berkaitan keagamaan khususnya pengurusan nikah, cerai dan rujuk.

"Kesemua ini merupakan satu proses penghijrahan cara berfikir dan bertindak untuk memberikan perkhidmatan yang cekap, cepat, terbaik dan mesra rakyat," katanya.

Kad perakuan nikah berkenaan bersaiz kecil, tidak mudah patah atau dipalsukan serta mengandungi hologram. - BERNAMA

Sent from my iPhone

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa