Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Friday, March 15, 2013

SENARAI NAMA CALON PRU 13



Putrajaya: Datuk Seri Najib Razak semalam menemui pemimpin UMNO negeri dan ketua parti komponen Barisan Nasional (BN), dipercayai bagi memuktamadkan senarai calon BN yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Difahamkan, pertemuan juga bagi mengemas kini dan membuat persiapan terakhir jentera BN menghadapi PRU-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa. 

Berdasarkan amalan sebelum ini, Parlimen akan dibubarkan beberapa hari selepas pertemuan Perdana Menteri dengan pemimpin BN negeri dan parti komponen. 

Muhyiddin turut hadir Perjumpaan yang turut disertai Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor itu, bermula jam 12.30 tengah hari dan berakhir jam 8 malam tadi.


Ia didahului Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman yang berada di pejabat Perdana Menteri lebih sejam diikuti Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Turut dilihat memasuki pejabat Perdana Menteri ialah Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu (Perlis), Datuk Seri Mohamad Hasan
(Negeri Sembilan) dan Datuk Seri Adnan Yaakob (Pahang). Hadir sama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman Sabah dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam (Melaka).

Pemimpin lain termasuk Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed, Datuk Zainal Abidin Osman (Pulau Pinang), Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (Kedah) dan Timbalannya, Datuk Mukhriz Mahathir. 

Turut sama, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Ahli Parlimen Sepang, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed yang juga Timbalan Pengarah Pilihan Raya BN Selangor Pemimpin parti komponen yang hadir ialah Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek; Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel; Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Seri M Kayveas dan Presiden Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Tan Sri Bernard Dompok. Bagaimanapun, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud tidak kelihatan. 


Tiada penjelasan kepada wartawan

Namun, berikutan hujan lebat, tiada pemimpin berhenti untuk bercakap kepada kira-kira 15 wartawan dan jurugambar yang menunggu di pekarangan pejabat Perdana Menteri sejak jam 11 pagi.

Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, mandat kerajaan sekarang tamat pada 30 April dan Parlimen bubar secara automatik jika Yang di-Pertuan Agong, berdasarkan nasihat Perdana Menteri, tidak membubarkannya sebelum tarikh itu bagi membuka laluan mengadakan PRU-13.

Selepas itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diberi tempoh 60 hari, iaitu sebelum 27 Jun untuk mengadakan PRU-13 bagi membentuk kerajaan baru. Garis panduan yang sama diguna pakai untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) kecuali Sarawak yang sudah mengadakan pilihan raya DUN pada 16 April 2011.

JPX: Agak-agak nama kau dan nama aku ada tak? Kikikiki

Sent from my iPhone

1 comment:

Anonymous said...

Tak de apa yang rahsia sekarang ni..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa