Pages

Saturday, December 17, 2011

PAS BAKAL TINGGAL NAMA: 120 LAGI AHLINYA KELUAR PARTI




Seramai 120 penyokong Pas di Kampung Beoh di sini mengumumkan mereka secara beramai-ramai keluar parti itu dan berhasrat menubuhkan cawangan baru Umno di kampung berkenaan, hari ini.

Borang penyertaan mereka diserahkan ketua kumpulan berkenaan Mohd Nor Jusoh, 54, kepada Ketua Umno Bahagian Bachok, Datuk Dr Awang Adek Hussin dengan disaksikan hampir 300 penduduk setempat.

"Dulu, saya menyokong Pas 100 peratus kerana terpengaruh dengan dasar Islamnya tapi dukacita kerana Pas hanya menjadikan Islam sebagai slogan semata-mata," kata Mohd Nor kepada pemberita selepas menyerahkan borang berkenaan.

Beliau berkata, penyertaannya dalam Umno kerana inginkan perubahan memandangkan Pas ternyata gagal melakukannya walaupun diberi peluang memerintah Kelantan hampir 22 tahun.

Mohd Nor berkata, ramai lagi individu akan mengikuti jejak kumpulan itu.

Sementara itu, Awang Adek berkata permohonan mereka akan diproses segera bagi membolehkan mereka menubuhkan cawangan baru yang diberi nama cawangan Umno Redang.

Ia bakal menjadikan jumlah cawangan dalam bahagian itu 151 buah.

2 comments:

  1. Syukur pada Allah SWT kerana kumpulan ini telah sedar daripada penipuan oleh PAS. Kalau dulu PAS kata UMNO kafir kerana berada dalam BN yang terdiri daripada MCA dan MIC tetapi Allah telah terbalikan kekafiran itu dapa diri PAS bila bukan saja bersahabat dengan DAP yang nyat kafir HArbi tetapi tunduk kepada kehendak DAP bila mengorbankan setiap prinsip perjuangan PAS terutama Negara Islam dan HUDUD...dimana letaknya perjuangan ISLAM yang dikatakan PAS???

    ReplyDelete
  2. baguslah tu kalau dah sedar..

    Pas sekarang dah jauh terpesong....

    Pas dah kafir kerana bersahabat dgn puak2 kafir (ini fatwa Pas sendiri) sehingga sanggup buang negara islam dan hudud...

    Allah maha besar... balasannya Allah bayar tunai.. disana nanti balasan yg sebenarnya...

    ReplyDelete

Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.