Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Friday, October 07, 2011

GEMPAR: BELANJAWAN 2012 "BOCOR"


Petang ini YAB PM akan membentangkan Belanjawan 2012. Saban tahun, menjelang hari pembentangan, banyak andaian, ramalan dan harapan rakyat Malaysia yang diperdengaran untuk mendapat manfaat dari belajawan tersebut.

Blogger picisan seperti JPX juga tidak terkecuali membuat andaian. Meninjau dari alam maya yang tidak tidur ini, dapat dilihat dan diperolehi pelbagai jenis andaian dan harapan dari segala sudut dan lapisan hidup rakyat Malaysia. Masing-masing membawa dan memperjuangkan apa yang dirasakan baik untuk mereka dan semua.

Pada pendapat JPX, belanjawan tahun ini adalah petunjuk besar bila Pilihan Raya Umum akan diadakan. Maka, akan banyak kejutan dan rezeki Allah akan turun melalui pentadbiran kerajaan kepada rakyat.  Dalam renungan JPX, beberapa perkara ini akan diumumkan esok


  • Kakitangan kerajaan akan mendapat bonus/Naik Gaji untuk tampung kos sara hidup yang meningkat
  • Lebih dana akan disalurkan bantu rakyat bandar berpendapat rendah. Lebih banyak rumah kos rendah di bina di kawasan bandar besar.
  • Naik taraf pengangkutan awam luar/dalam bandar
  • Lebih dana untuk prasarana luar/dalam bandar
  • Kenaikan Cukai tembakau dan hiburan

JPX juga mengharapkan beberapa perkara ini diambil perhatian oleh kerajaan

  • Peluang pekerjaan untuk lepasan IPTA/IPTS/Belia Berkemahiran
  • Bantuan kepada Belia yang ingin melanjutkan pelajaran
  • Dana tetap kepada Pertubuhan Belia melalui Kementerian Belia
  • Tabung bantuan untuk mulakan perniagaan kepada belia dicairkan semula
  • Subsidi bahan api dinaikan
  • Harga dan cukai hartanah yang lebih rendah
  • Cukai import dan harga kereta Lamborghini dikurangkan

Apapun, kita semua berharap agar kerajaan dapat memberikan yang terbaik untuk rakyat Malaysia di dalam Belanjawan ini. 

JPX yakin dan percaya bahawa kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk keselesaan dan kesenangan rakyatnya. Namun mustahil untuk memberikan kepuasan kepada semua pihak dan sebagai rakyat yang baik tentu sahaja kita dapat menerimanya secara waras dan tertib.

Apapun, Belanjawan 2012 adalah lebih baik daripada belanjawan yang telah dibentangkan oleh Pakatan Rakyat.

JPX

1 comment:

Unknown said...

Kita tunggu dan lihat pembentangan petang ni. Harap2 byk berita baik utk rakyat...

Mahfuz Omar - Jaguh Kg Bharu Yg Tolol bin Bahlol. Baca di sini...

http://apakecoh2.blogspot.com/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa