KUALA LUMPUR 23 April – Pas sudah menjadi sebuah parti yang penakut meskipun untuk menyatakan soal kebenaran mahupun mengenai masa depan mereka sendiri sejak bekerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
Ia terbukti apabila Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, terpaksa menafikan kenyataan asal beliau yang parti itu akan mengkaji kedudukan mereka dalam pakatan pembangkang apabila siasatan rakaman video seks selesai, dipercayai akibat tekanan daripada PKR.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, beliau percaya akibat sikap penakut dan tidak berpendirian itu, Pas akan menjadi sebuah parti yang sentiasa rugi berbanding parti komponen lain dalam pakatan pembangkang.
“Saya percaya apa yang dikatakan oleh Mustafa semalam (mengenai masa depan Pas) adalah suara hati Pas yang sebenar tetapi, mungkin selepas ditekan oleh (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan golongan yang menyokong Anwar, dia terpaksa pusing balik (nafikan) hari ini.
“Sepatutnya beliau selaku Setiausaha Agung tidak boleh terlalu takut dan teragak-agak untuk menyatakan kebenaran. Lagipun apa yang dikatakan oleh Mustafa itu adalah mengenai Pas, bukan menyentuh soal isu dalaman komponen pembangkang yang lain.
“Namun, selagi mana Pas dalam pakatan pembangkang, selagi itu Pas akan berterusan menjadi parti penakut. Lihatlah bagaimana pendirian mereka dalam isu moral yang dikaitkan dengan Anwar,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia, di sini, hari ini.
Sementara itu, ditanya mengapa Pas terlalu takut untuk bersuara terutama melibatkan soal Anwar, Mohd. Puad berkata, parti itu bertindak demikian kerana bimbang kepentingan politik mereka terhakis.
“Pas terlalu bergantung kepada Anwar untuk mendapatkan undi bukan Melayu, sebab itu tidak pelik jika hari ini pemimpin Pas mengeluarkan kenyataan yang lahir dari hati nurani tetapi esoknya pemimpin yang sama boleh membuat kenyataan berbeza,” jelasnya.
setuju dengan apa yang dicatatkan.
ReplyDeleteJangan percaya dakwaan Tim. Menteri ini...
ReplyDeletePAS yang paling BERANI....
Berani memilih milih ayat suci sesuka hati dan gunakan melindungi hasrat ....
Berani berhelah dengan ayat ayat suci dimana Peringatan Allah dan herdekanNYA jelas dalam Al Quran
Herdekan ini ditujukan kepada Orang Alim dan segenap lapisan manusia jua.Tiada yang terkecuali.
Tuan ke...Haji..ke...Tengku ke..Nik ke semua tak bolih lari..INGAT TU..
Berani menerima Bala.. Walaupun bayangan Kebenaran diberi......
Berani menjahilkan diri dan mematikan Jiwa dan Ilmu sabenar.
Berani merosakkan anak orang yang membawa harapan ibubapa dan masyarakat agar membina harapan di University..Sek. Men... Sek Rendah. dan Tadika.Ini yang paling Dahsyat beraninya.Diajar secara halus cara berhelah ayat ayat suci.
Sehingga Israil datang menjemput masih lagi beraninya..
Rumusannya ialah berani memilih menjadi Jahil.Sedangkan Kadhi dan dato mufti senantiasa berada disetiap tempat.Hormatilah orang yang berilmu lagi diangkat kemuliannya oleh Syara'.
Dengan ini maka hujah Tim. Menteri disanggah.
Anon, itu bukan berani tapi it namanya PAS, PIS, PUS, PAS PEGI MAM***
ReplyDeletekita x perlu sibuk dgn masalah dalaman parti pas,dap,pkr dsb...diorg dgn ideologi diorg sendiri. nk baca hadis ke, al quran ke, lantak diorangla. masalahnya kita dalam UMNO lagi teruk. rakyat dah makin hilang kepercayaan.rasanya ramai ahli UMNO sedar tentang hal ni.kita xkan dapat mengembalikan kepercayaan rakyat kalau kita terus menerus dgn politik wang kita, komisen kita, beli undi kita.jadi kita ahli UMNO bertanggungjawab untuk memilih pemimpin UMNO yg betul2 berkualiti,kuat imannya, dsb.kita sendiri pon kena ubah sikap.jgn harapkan duit je.kena kembali kepada prinsip perjuangan yg diasaskan oleh dato onn jaafar dulu. baru UMNO boleh bertahan lagi.
ReplyDelete